Friday, April 2, 2010

MSS BATANG PADANG 2010

Tahniah! SMK Khir Johari mendapat tempat ketiga Kejohanan Balapan dan Padang MSS Daerah Batang Padang 2010. Syabas cikgu Azizul dan atlit SMKKJ

En Hishamuddin Bin Adnan selaku Penolong PPD (Kemanusiaan) Batang Padang diiringi oleh Pn Hjh Noraini Bt Yeub Sidi bersiap sedia untuk menyampaikan hadiah.

Kejohanan Balapan dan Padang MSS Daerah Batang Padang berlangsung selama 4 hari mulai 29/3/2010 hinga 1/4/2010 di Stadiun Proton City Tg Malim. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh En Hishamuddin Bin Adnan selaku Penolong PPD (Kemanusiaan) Batang Padang. SMK Khir Johari diamanahkan menjadi tuan rumah pada tahun ini. Pengetua Cemerlang SMKKJ Pn Hjh Noraini Bt Yeub Sidi mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Osman kerana sudi datang, terima kasih tidak terhingga juga kepada semua pegawai kejohanan serta pelajar-pelajar yang terlibat bagi menjayakan kejohanan ini Tahniah kepada Johan tahun ini iaitu dari SMK Felda Besout manakala Naib Johan dari SMK Agama Slim River.

No comments:

Post a Comment