Thursday, May 13, 2010



PENDAFTARAN PELAJAR BARU PRA-U 10/5/2010

Thursday, April 15, 2010

LAWATAN PENGAWAS PSS KE PERPUSTAKAAN SELANGOR




Pada 14/4/2010 seramai 40 orang Pengawas PSS SMK Khir Johari beserta 4 orang guru telah melawat Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor di Shah Alam.Mereka telah diberi taklimat tentang perpustakaan dan mendapat banyak input yang amat berguna. Selepas itu mereka berkesempatan melawat Taman Pertanian Bukit Cahaya Alam dan seterusnya pada sebelah petang berpeluang shoping di Sunway Piramid.

Friday, April 2, 2010

MSS BATANG PADANG 2010

Tahniah! SMK Khir Johari mendapat tempat ketiga Kejohanan Balapan dan Padang MSS Daerah Batang Padang 2010. Syabas cikgu Azizul dan atlit SMKKJ

En Hishamuddin Bin Adnan selaku Penolong PPD (Kemanusiaan) Batang Padang diiringi oleh Pn Hjh Noraini Bt Yeub Sidi bersiap sedia untuk menyampaikan hadiah.

Kejohanan Balapan dan Padang MSS Daerah Batang Padang berlangsung selama 4 hari mulai 29/3/2010 hinga 1/4/2010 di Stadiun Proton City Tg Malim. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh En Hishamuddin Bin Adnan selaku Penolong PPD (Kemanusiaan) Batang Padang. SMK Khir Johari diamanahkan menjadi tuan rumah pada tahun ini. Pengetua Cemerlang SMKKJ Pn Hjh Noraini Bt Yeub Sidi mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Osman kerana sudi datang, terima kasih tidak terhingga juga kepada semua pegawai kejohanan serta pelajar-pelajar yang terlibat bagi menjayakan kejohanan ini Tahniah kepada Johan tahun ini iaitu dari SMK Felda Besout manakala Naib Johan dari SMK Agama Slim River.

Friday, March 19, 2010

PERKHEMAHAN KOKURIKULUM PRA-U 2010

Perkhemahan Kokurikulum Perdana Prauniversiti SMK Khir Johari, Tg.Malim telah diadakan pada 12-14 Mac 2010 (Jumaat hingga Ahad).
Pegawai-pegawai dari Unit Tabung Darah Hospital Slim River telah berkunjung ke SMK Khir Johari, Tg. Malim bagi melaksanakan program tersebut. Selain daripada itu semua peserta perkehamahan dan para hadirin telah membuat pemeriksaan kesihatan percuma termasuklah pemeriksaan tekanan darah, kandungan gula dalam darah, Body Mass Index (BMI) dan kandungan kolestrol. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan kerana telah dapat mengumpul seramai 31 penderma darah. Syabas dan tahniah diucapkan!

KEPUTUSAN SPM 2009

Friday, March 5, 2010

PESTA KEJOHANAN OLAHRAGA KE 36




Hari ini 4/3/2010 telah selesai Pesta Sukan Kejo. Pada tahun ini Juaranya Rumah Muzaffar manakala Naib Juara Izzuddin. Tahniah kepada rumah-rumah yang menang dan sekalung tahniah juga kepada guru-guru dan pelajar yang bertungkus-lumus berusaha bagi menjayakannya. Terima kasih juga kepada YB Dato' Khusairi b Abdul Talib, ADUN Kawasan Slim kerana sudi datang merasmikan Pesta Kejohanan Olahraga pada tahun ini.




Saturday, February 27, 2010

KEPUTUSAN STPM KEJO MEMBANGGAKAN

Keputusan STPM 2009 KEJO yang diumumkan pada 25/02/2010 membanggakan..Seramai 67 daripada 69 calon telah lulus iaitu 97.10% mengatasi peratus lulus negeri Perak dan Kebangsaan. Tahniah kepada pelajar-pelajar dan guru-guru yang terlibat. Pencapaian calon berdasarkan PNGK melebihi 3 ialah:

1. Gan Hui Khee......................................... 3.59

2. Wong Hui Shein..................................... 3.58

3. Nurul Syahirah Bt Zulkifli.................... 3.50

4. Nurfaezah bt Mihamad Khairy........... 3.42

5. Chao Xiang Mei..................................... 3.33

6. Fong Mei Ling........................................ 3.25

7. Nurfara Juliana Bt Jamil....................... 3.17

8. Nurmimi Fardiana Mohd Toha............ 3.17

9. Nur Azieman bt Abd Aziz................... .. 3.17

10. Chen Foong Yee.................................... 3.17

11. Wong Lee Ping....................................... 3.17

12. Aina Amira Bt Baharom....................... 3.09

13. Nor Sharina Mohamed Hasdi.............. 3.08

Tuesday, February 23, 2010

Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti 2010

GPM dan GPB SMKKJ hadir ke Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti 2010 yang diadakan pada 22 Feb 2010 yang lalu. Banyak input yang peserta dapat hasil dari mesyuarat tersebut. Terima kasih dan tahniah kepada PKG Tanjong Malim.

Sunday, February 21, 2010



Keputusan STPM akan diumumkan pada 25 Feb 2010 nanti.
Semoga semua calon akan memperoleh kejayaan yang cemerlang.

Monday, February 15, 2010

Ceramah Polis




Ceramah Polis di Dewan SMK Khir Johari diadakan pada 5/2/2010.