Friday, March 19, 2010

PERKHEMAHAN KOKURIKULUM PRA-U 2010

Perkhemahan Kokurikulum Perdana Prauniversiti SMK Khir Johari, Tg.Malim telah diadakan pada 12-14 Mac 2010 (Jumaat hingga Ahad).
Pegawai-pegawai dari Unit Tabung Darah Hospital Slim River telah berkunjung ke SMK Khir Johari, Tg. Malim bagi melaksanakan program tersebut. Selain daripada itu semua peserta perkehamahan dan para hadirin telah membuat pemeriksaan kesihatan percuma termasuklah pemeriksaan tekanan darah, kandungan gula dalam darah, Body Mass Index (BMI) dan kandungan kolestrol. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan kerana telah dapat mengumpul seramai 31 penderma darah. Syabas dan tahniah diucapkan!

KEPUTUSAN SPM 2009

Friday, March 5, 2010

PESTA KEJOHANAN OLAHRAGA KE 36




Hari ini 4/3/2010 telah selesai Pesta Sukan Kejo. Pada tahun ini Juaranya Rumah Muzaffar manakala Naib Juara Izzuddin. Tahniah kepada rumah-rumah yang menang dan sekalung tahniah juga kepada guru-guru dan pelajar yang bertungkus-lumus berusaha bagi menjayakannya. Terima kasih juga kepada YB Dato' Khusairi b Abdul Talib, ADUN Kawasan Slim kerana sudi datang merasmikan Pesta Kejohanan Olahraga pada tahun ini.