Wednesday, October 28, 2009

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BERMULA

Peperiksaan Akhir Tahun bagi Tingkatan 4 bermula hari ini Rabu 28/10/2009. Sementara bagi Tingkatan 6 pula bermula sejak hari Isnin 26/10/2009 lagi. Selamat menduduki peperiksaan.....semoga suksess semuanya....

Thursday, October 15, 2009

HJH SITI MARIAM PENGETUA SMK BESOUT


Tahniah kepada Pn Hjh Siti Mariam Bt Joned, PK Pentadbiran SMK Khir Johari yang telah dinaikkan pangkat sebagai Pengetua di SMK Besout. Hari ini Khamis 19/10/2009 adalah hari terakhir beliau berkhidmat di SMKKJ.

SMK Khir Johari berasa kehilangan seorang guru dan juga pentadbir yang berwibawa yang sukar dicari ganti. Walau bagaimanapun kita tidak dapat menghalang pertukaran ini... Warga SMKKJ mengucapkan tahniah dan selamat bertukar ke sekolah baru. Semoga Pn Siti Mariam lebih berjaya lagi di tempat baru...

Jasamu dikenang......

Tuesday, October 13, 2009

HARI TERAKHIR PMR

Hari ini adalah hari terakhir pelajar-pelajar tingkatan 3 menduduki PMR. Semoga mereka dapat menjawab semua soalan dengan betul dan akan peroleh kejayaan yang cemerlang nanti...Selamat menjawab!

Monday, October 12, 2009

PMR 2009

Hari ini sudah masuk minggu kedua pelajar-pelajar tingkatan 3 menduduki PMR . Besok adalah hari terakhir mereka memerah otak....Selamat Berjuang...!